❤ ....aQ saYanG QamOO.... ❤

Friday, October 15, 2010

Ilmu itu Sungguh Berguna Kalau d Kongsi Biarpun SEDIKIT... :)

Barisan pertama:

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan &
berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah
S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu
hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat
kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat
kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg
sombong serta takbur di muka bumi ini dengan
tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg
menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat
kembali mereka adalah neraka".
Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang
seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu
hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5
waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya,
mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati,
Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga
berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang
hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di
letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2
bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud,
berjatuhanlah dosa2 itu.
Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh
ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat
ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka
tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah
neraka.
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut
keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika
berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah
agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk
seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin
sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman
padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan
perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia
tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya
& tempat mereka juga adalah neraka.
Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus
dari badan mereka adalah orang yg dahulunya
menjadi saksi palsu.
Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah
& nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah
orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala
kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg
melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda
rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki &
wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang
ketiga antara mereka".
Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata
biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api
gemuruh mereka adalah orang yg makan harta
anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit
sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg
derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang
seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke
dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar
pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu
hidupnya.
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti
bulan purnama. mereka melalui titian
Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan
"mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal
salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka,
memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia
dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka
adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang &
keredhaan Allah S.W.T"
BACALAH YASSIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang
bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi
keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia
boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat
jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat
kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang
ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah
meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa
hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar
daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap
sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah
Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya
Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca
al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal
orang yang suka membaca surah Yassin pada
setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris
bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta
dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika
mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut
nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga
datang Malaikat Redwan dari syurga membawa
minuman untuknya. Ketika dia meminumnya
alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke
dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa
sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa
bersembahyang sunat dua rakaat pada malam
Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin
dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap
huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian
dan dia akan menerima suratan amalannya di
tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70
orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang
meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang
yang munafik.
Sesiapa yang menerima mesej ini tolong
forwardkan kepada teman seagama yang lain.
Untuk renungan semua,
Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia
mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman
a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis
adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu
ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur
dengan apa yang ada dan tidak lupa akan
kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan
nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan
harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat untuk
melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang
mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang
paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas
adalah orang yang mati membawa amal-amal
kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang
sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah
orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang
yang menghuni syurga kelak kerana telah
mengunakan akal sewaktu di dunia untuk
menghindari seksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan
tidak berkongsi pada orang lain.
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang
memberi manafa'at kepada manusia lain...

D kOngsi Oleh :
BREAKING ERYS

No comments: